rasanya seperti
ingin tertawa
ingin tersenyum
namun mampukah aku
menahan air mata dan rasa hiba
bilamana
seorang ketua
menghambur rasa marah dan umpama
halilintar
menusuk terus ke hati dan perasaan mula luluh
kerana ku tahu
itu bukan aku
itu bukan diriku yang silap
meneka waktu
yang silap menumpang gembira
kenapa tidak dia
kenapa tidak orang itu
yang menjadi
alas setiap acara
kenapa mesti diriku
kerana ku hampir
kerana hatiku mudah cair
dan dirimu akan puas
kerana dirimu ketua
sesekali hati hancur mencipta
dan meneka
apa yang telah berlaku
nanti
jangan datang lagi padaku
kerana diriku bukan tempatmu
melepaskan amarahmu
melepaskan dendammu
melepaskan sepimu
selama ini kubiar diriku
menjadi debu dan bangun semula
untuk diri sesiapa saja
yang kau tidak setuju
diri ini tak mampu lagi
berhadapan denganmu
tak mampu lagi menerima
tujahan bahasamu
diriku tahu
siapa aku kini
pedih benar rasa
Keikhlasan adalah penting dalam kita menjalankan tugas..,radha je la kalau dimarahi atau ditegur oleh ketua..sambil cuba baiki kelemahan sendiri.
ReplyDeleteOrang yang kuat adalah orang yang mampu menahan marah, bila marah kita jadi kurang rasional, syaitan senyum je tengok, orang profesional sepatutnya bertindak secara profesional.
ReplyDeletetapi sebelum marah/tegur, siasat dulu, kalau tak pasti juga tanya dulu.
Akmar
ye memang..namun telah terlalu lama menahan hati dan air mata...
ReplyDeletekali ini hati akan tetap lagi menerima semuanya
tak kisahlah bagaimana seklaipun rupanya dan bahasanya..
tapi adilkah jika kita sahaj amenjadi mangsa sedangkan orang lain sepatutnya menerima semua itu...arghhh tak sangggup lagiiii dahh..mentang mentanglah opis sebelah sebelah ..semua aku..buat nie buat tu..tapi pbila dia tak de kawan cari kita jugakk...aduhaiii ketuakuu....